Pages

Friday, May 6, 2011

Pemeriksaan Gigi

Pada 21 April, pasukan pergigian daripada Klinik Pergigian Hospital Tuaran telah mengunjungi Pusat Anak PERMATA Tuaran, Sabah bagi tujuan pemeriksaan gigi kanak-kanak, taklimat mengenai kesihatan gigi kepada ibubapa dan Pendidik serta taklimat berkenaan cara-cara memberus gigi dengan betul.

Terlebih dahulu aktiviti dimulakan dengan pemeriksaan gigi daripada para jururawat pergigian.Kanak-kanak begitu teruja dan ada juga yang tidak kurang takut apabila jururawat memulakan pemeriksaan.

                                                            Adik Shazrin...Tenang bah saya....
                                                           
                                                         Adik Airiel....Macam takut2 je =)

Selepas pemeriksaan gigi dan melakukan tampalan pada gigi kanak-kanak, sesi yang berikutnya adalah taklimat berkenaan amalan kesihatan pemakanan khas untuk ibubapa dan juga Pendidik. Banyak intipati yang diperolehi daripada taklimat yang diberikan antaranya ialah berkenaan pemakanan yang seimbang, sukatan dan pengambilan makanan bagi kanak-kanak mengikut peringkat umur serta cara-cara penjagaan gigi yang cantik serta bersih. Kanak-kanak PERMATA juga begitu tekun mendengar sambil melihat gambar-gambar gigi yang dipaparkan.




Sesi yang seterusnya pula adalah penerangan kepada kanak-kanak juga kepada Pendidik serta hadirin yang hadir mengenai cara-cara menggosok gigi dengan betul.



Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan sekalung penghargaan buat kakitangan hospital pergigian Tuaran yang telah bekerjasama melaksanakan program pada hari tersebut.