Pages

Monday, October 1, 2012

Rumah Terbuka Raya

Pada 9hb September 2012, sambutan Rumah Terbuka Raya telah diadakan di salah sebuah keluarga anak PERMATA Tuaran, iaitu adik Ryan Shah. Sambutan tersebut turut dimeriahkan oleh penduduk kampung dan jiran tetangga yang berdekatan.

Sambutan ini sekaligus memberi pendedahan kepada penduduk kampung akan penglibatan PUSAT ANAK PERMATA NEGARA dalam komuniti serta merapatkan silaturrahim dikalangan ibubapa, guru dan masyarakat setempat.

                                                         Seronoknya dapat duit raya.....

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan rumah terbuka hari raya iaitu aktiviti anak berumur 2, 3 dan 4 tahun. Ibubapa dan Pendidik turut tidak ketinggalan memeriahkan aktiviti yang disediakan oleh Kumpulan 5. Tahniah untuk kumpulan 5...

                                         Aktiviti untuk bapa : makan pulut sehingga habis

                                                    Aktiviti untuk ibu : Menganyam ketupat

                                         Aktiviti Guru : Membuat gulungan kuih 'batang buruk

Untuk sambutan kali ini, aktiviti dan jamuan makan dijalankan secara serentak. Menjimatkan masa dan ibubapa bebas untuk turut serta dalam aktiviti yang disediakan.

                                                              Tetamu yang ceria

Acara yang seterusnya adalah potong kek oleh anak yang lahir pada Bulan Jun, Julai, dan Ogos


Kenang-kenangan....












Terima Kasih kepada semua yang terlibat...Jumpa lagi pada Raya akan datang.....