Pages

Sunday, February 26, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT DAERAH TUARAN

Lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tuaran, Sabah telah diadakan pada 16 Febuari 2012. Lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada para peserta iaitu Ibubapa, Pendidik dan anak PERMATA mengenai kepentingan bidang tugas ahli bomba, mengetahui langkah-langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran di rumah dan di taman asuhan.


Pegawai Bomba memberikan taklimat kepada para peserta lawatan mengenai bidang tugas dan peralatan bomba...



Menunjukkan kepada anak PERMATA bagaimana untuk keluar dari rumah sekiranya berlaku kebakaran...



Anak-anak PERMATA semuanya sporting gitu...



Cara-cara memadamkan api di badan iaitu dengan mengulingkan badan ke kiri dan kanan seperti yang di lakukan oleh anak-anak PERMATA...



Pegawai Bomba menunjukkan bilik gerakan dan operasi seharian mereka...



Disinilah tempat mereka menyambut talian kecemasan dan seterusnya membunyikan emergency bell.. Untuk makluman, talian kecemasan Balai Bomba Tuaran adalah 088-793792...



Mendengar penerangan daripada ahli bomba dengan penuh khusyuk...



Acara yang dinanti-nantikan oleh semua peserta iaitu menaiki kereta bomba. Semua Ibubapa, Pendidik dan anak PERMATA excited menaiki kereta bomba...



Anak PERMATA berpeluang menaiki kereta bomba dan dibawa pusing keliling balai sambil dibunyikan siren bomba...


Para peserta bernasib baik kerana Balai Bomba dan Penyelamat  Daerah Tuaran, Sabah mempunyai tempat latihan bagi ahli bomba dan peserta berpeluang melihat sendiri tempat latihan yang digunakan oleh mereka. Gambar diatas adalah terrowong gelap yang digunakan untuk melatih ahli bomba untuk memantapkan lagi kepakaran yang sedia ada...



Tempat latihan untuk memadamkan kebakaran rumah...



Sesi bersoal jawab selepas meninjau sekitar balai bomba dan tempat latihan...Penat sudah..



Pegawai Bomba mengagihkan buku latihan kepada anak-anak PERMATA... Terima kasih Uncle Bomba...



"Siapa lagi belum dapat?" kata Uncle Bomba...



Timbalan Persatuan Ibubapa dan Pendidik (PIBP) iaitu Puan Noor Aini binti Matysin, menyampaikan cenderahati kepada Pegawai Bomba tanda penghargaan daripada Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Tuaran, Sabah...



Gambar kenang-kenangan sebelum balik ke PAPN Tuaran...



Wah semangatnya bapa Dynie...  ;)

Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan lawatan ini... Peace ;)