Pages

Thursday, January 27, 2011

Si Cilik Yang Ceria

Minggu Orientasi selama seminggu telah pun berlalu..terdapat anak PERMATA yang masih dalam tempoh menyesuaikan diri dan tidak kurang yang sangat mesra walaupun baru pertama kali berada di PAPN..alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Selain itu, pada minggu ke 3 dan ke 4, PAPN TUARAN menerima seramai 6 orang guru praktikal iaitu 5 orang dari PERMATA KEMAS manakala seorang adalah dari IPG kampus Bahasa Melayu.




Selamat Menyambut Tahun Baru 2011

Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam satu malaysia

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia Nya, akhirnya PAPN TUARAN beroperasi semula setelah lama 'bercuti' ekoran daripada pembaikan pada bangunan.

Pendaftaran dan pembukaan PAPN bermula 3 Januari dengan kehadiran anak-anak PERMATA lama seramai 10 orang dan baru seramai 11 orang. Angka ini menggenapkan jumlah anak PERMATA yang berada di Tuaran seramai 21 orang.