Pages

Tuesday, February 22, 2011

Family Day

Pada 20 Februari 2011, PAPN TUARAN telah mengadakan hari keluarga PERMATA. Aktiviti ini dianjurkan oleh Persatuan Ibubapa dan Pendidik (PIBP), dan dipengerusikan oleh Guru Praktikal dari IPG Kampus Bahasa Melayu iaitu Puan Zalikha. Daripada 21 buah keluarga, 17 buah keluarga yang telah menyertai aktiviti tersebut dan turut dimeriahkan oleh sanak saudara yang lain. Lebih 80 orang yang turut menceriakan hari keluarga tersebut termasuk kakitangan PAPN TUARAN.

Kemeriahan dapat dirasai seawal Sabtu malam apabila ada ibubapa yang sanggup untuk menyumbangkan tenaga untuk bersama-sama Pendidik bagi menyediakan makanan untuk hari esok.





Acara didahulukan dengan pendaftaran ibubapa serta mendengar taklimat ringkas daripada pihak pengerusi. Kemudian, melakukan senaman ringan@ 'warming up' sebelum memulakan aktiviti berkenaan. ianya diketuai oleh Puan Zaharah mewakili PIBP yang merupakan Guru Aerobik.

                                                                      Pendaftaran


                                                                         Taklimat

                                                               
                                                                    Warming Up




Acara pertandingan dimulakan dengan aktiviti meniup belon. acara ini disertai oleh ibu. Syarat bagi pertandingan ini, ibu dikehendaki untuk meniup belon sehingga besar dan belon yang paling besar adalah dikira sebagai pemenang. Jika belon meletup, automatik tidak berjaya.



Pertandingan dimeriahkan lagi dengan acara 'Move and Freeze' yang diwakili oleh pihak bapa. para bapa yang hadir semua mengambil bahagian dan begitu 'sporting' ketika diminta untuk melakukan pergerakan@menari =)




Para bapa yang begitu bersemangat..............

Pertandingan rebut kerusi yang diwakili sekali lagi oleh kaum ibu

Acara untuk kanak-kanak PERMATA pula, terdapat 3 acara dipertandingkan. bagi anak umur 1 Tahun, acara yang dipertandingkan adalah mengenal botol susu sendiri, 2 tahun pula mencari pasangan selipar dan acara untuk 3 dan 4 tahun, mengisi air dalam botol menggunakan span. Kesemua anak PERMATA sangat memberikan kerjasama dan ceria disamping ibubapa yang memberi sokongan.




Untuk peserta dari luar yang terdiri daripada sanak-saudara PIBP, acara yang dipertandingkan ialah membawa telur dengan sudu.

Manakala acara untuk Pendidik pula, minum air menggunakan straw yang telah dilubangkan.


Acara yang terakhir ialah sambutan hari jadi bagi anak PERMATA yang lahir pada bulan Januari dan  Februari.
Penutup bagi aktiviti kali pertama di tahun 2011 ini ialah acara menyampaikan hadiah. tahniah kepada semua yang telah berjaya membawa pulang yang sangat menarik dan bagi yang tidak berjaya, tunggu aktiviti-aktiviti yang lebih menarik pada masa akan datang.
SEKALUNG penghargaan, tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli PERSATUAN IBUBAPA DAN PENDIDIK serta kakitangan PAPN TUARAN SABAH. moga terus mampu memberikan kerjasama pada aktiviti seterusnya...

corat-coret.......
anak yang turut serta pada malam hari untuk makanan family day

warga PAPN yang ceria

si comel
sporting...