Pages

Wednesday, April 20, 2011

Lawatan Ke Balai Bomba







Pada 31hb Mac 2011 bersamaan hari Rabu, Pusat Anak Permata Negara Tuaran Sabah telah mengadakan lawatan ke Balai Bomba daerah Tuaran .Lawatan ini melibatkan pendidik,pembantu pengurusan murid,ibubapa/penjaga dan kanak-kanak.Tujuan lawatan ini diadakan bagi mendedahkan kepada warga PERMATA akan peri pentingnya menjaga keselamatan khasnya apabila berlakunya kebakaran serta memberi pendedahan kepada kanak-kanak akan persekitaran balai bomba dan bidang tugas ahli bomba itu sendiri.

Rombongan telah bertolak dari PAPN Tuaran seawal 8.30 Pagi dengan menggunakan kenderaan masing-masing. Kanak-kanak begitu teruja dengan lawatan pada kali ini kerana Pendidik telah menguar-uarkan lebih awal akan lawatan ke Balai Bomba kepada mereka. 


                                                              Berkumpul di tapak latihan

                                                                   Ruang Ceramah
                                                                         

Ahli rombongan berkumpul di tapak latihan sebelum dibawa ke ruang balai bagi memulakan aktiviti yang pertama iaitu ceramah keselamatan yang disampaikan oleh Encik Roslan.


                                                              Ceramah Keselamatan
Ibubapa begitu tekun mendengar taklimat yang disampaikan disamping beberapa persoalan yang diutarakan sepanjang taklimat dijalankan.



Setelah itu, rombongan diberi peluang untuk mengenal beberapa peralatan yang digunakan untuk tujuan menyelamat mangsa atau tempat kejadian kebakaran.

                                                               Peralatan memadam kebakaran


Aktiviti seterusnya ialah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencuba topeng bantuan oksigen kepada mangsa yang telah terhidu asap dalam kebakaran. Kanak-kanak begitu seronok semasa memakai alat berkenaan.




Aktiviti berakhir dengan penyampaian cendera kenangan kepada Ketua Balai iaitu Encik Faidizal Abdullah oleh Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Pendidik iaitu Puan Samsiah Nudin. 



.................................................................seimbas lalu.............................................................................

                                                         Latihan menyelamat dari bangunan


                                                                  sempat lagi naik bot =)