Pages

Thursday, April 18, 2013

RUMAHKU SYURGAKU

Pada 17 Mac 2013 yang lalu bersamaan dengan hari ahad, satu aktiviti telah diadakan yang bertujuan untuk memberi peluang kepada warga PERMATA bagi mengeratkan hubungan silatulrahim di samping memenuhi takwim pada bulan Mac 2013 yang bertemakan "RUMAH, TASKA DAN SEKOLAH SAYA". Aktiviti ini dijalan di rumah Adik Faizrul Nizam, di Kg. Sabandar, Tuaran.



Majlis di mulakan dengan aktiviti anak 2 tahun iaitu makan biskut Chips More hingga habis.

Adik Rhezyecca terpegun melihat adik Faizrul Nizam makan dengan lajunya ;)

Aktiviti seterusnya adalah aktiviti untuk anak PERMATA 3 tahun iaitu lari mengambil uncang dan di masukkan ke dalam raga. Siapa banyak, dia menang ;)

Ibu Bapa anak PERMATA menunggu sambil memberikan sokongan kepada anak masing-masing.

Lari laju-laju, jangan sampai terjatuh.

Anak PERMATA berusaha untuk memenangi permainan ini.

Para ibu terus memberikan sokongan kepada anak-anak.

Seterusnya aktiviti anak PERMATA 4 tahun, iaitu membawa bola ping pong di atas sudu sambil berjalan ke garisan penamat.

Bapa Danish memberikan kata-kata semangat untuk anaknya.

Yeahhhh, saya menang, kata adik Nur Alia.

Aktiviti untuk anak bukan PERMATA iaitu, lari sambil membawa tadahan air menggunakan tangan dan memasukkannya ke dalam cawan. 

Anak bukan PERMATA tekun mendengar penjelasan yang di berikan oleh mama Faizrul Nizam.

Chayo-chayo!!!

Hati-hati dek, jangan sampai tiada air dalam cawan.

Abang Nur Hisyah pemenang tempat pertama... Tahniah!!! ;)

Wah, tuang apa tu mama Faiz? Oh rupa-rupanya, ni acara tuk ibu PERMATA iaitu minum kopi sampai habis ;)

Ok, semua dah dapat gelas masing-masing? 1,2,3 minum!!!

Wah semangat sungguh ibu-ibu PERMATA menghabiskan kopi tersebut.

Ini pula acara bagi bapa PERMATA iaitu tiup 2 belon sampai pecah. Siapa pecah duluan dialah juara.

Yeah, chayo-chayo bapa PERMATA, tiup jangan nda tiup.

Aik, kenapa tu bapa Noel? Belonnya nda besar-besar juga? ;)

Acara bagi ibu,bapa dan anak PERMATA iaitu tiup tepung dan ambil duit syiling menggunakan mulut kemudian bagi dekat anak, dan anak lari ke garisan penamat.

satu, dua, mula!!! yah, tiup,jangan nda tiup mama Nur Alia.

Udara yang bertukar menjadi warna putih hehehehee ;)

Wah, lajunya adik Nur ALia berlari ke garisan penamat.. Yeyeah, saya menang lagi , kata adik Nur Alia.

Hadiah-hadiah yang menanti pemenang-pemenangnya.

Cabutan bertuah pertama iaitu tuan rumah, mama Faizrul Nizam ;)

Lebar senyuman abang Ashraf mendapat hamper cabutan bertuah, tahniah

Pemenang tempat ketiga, makan biskut adik Ashraf.

Pemenang pertama memasukkan uncang ke dalam raga iaitu adik Zaffarani.

Pemenang kedua memasukkan uncang ke dalam raga iaitu adik Asrul Asnawi.

Tekun membuka kertas nombor hamper yang akan di perolehi nanti

 Wah besarnya hamper cabutan bertuah adik Zaffarani ;)


Tahniah kepada pemenang-pemenang ;)























Bapa Dynie, sempat lagi menghiburkan ibu bapa PERMATA ;) macam di kk ;p

Sebelum pulang, gotong royong dulu membersihkan kawasan.

Tahniah di ucapkan kepada pada AJK dan para ibu bapa PERMATA kerana turut menjayakan aktiviti ini dan tahniah juga kepada para pemenang aktiviti dan pemenang hamper cabutan bertuah. Kepada yang tidak berjaya, sila cuba lagi pada masa hadapan. Terima kasih dan jumpa lagi ;)












Wednesday, April 17, 2013

Sambutan Hari jadi untuk anak-anak PERMATA Negara Tuaran telah diadakan pada 10 April 2013 bertempat di PAPN Turan, Sabah. Sambutan yang sederhana ini namun tetap meriah dengan kehadiran ibu bapa yang begitu sporting.

 Hadiah yang di sediakan oleh pihak PERMATA serta sumbangan hadiah daripada keluarga Adik Hisyah dan Danish. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan.



Antara juadah yang menjadi santapan dalam majlis ini. yuummmyyyy.....


 Kek Hari Jadi berperisa buahan-buahan ini ditempah khas dari Shangri-la Rasa Ria Resort :D


 Anak-anak yang diraihkan pada majlis ini iaitu Aaron xvier, Hisyah, Alia Syakira, Alya Natasya, Haikal, Sheera dan Danish.


 Happy Birthday untuk semua


 Jom ramai-ramai nyanyi lagu "Happy Birthday to you"


 Anak-anak PERMATA memotong kek beramai-ramai hehe


Sedapnya kek ni yum yum ...

Aaron xvier gembira menerima hadiah hari jadinya 

 Sempat lagi "peace" oleh Sheera hehe


 Ini hadiah saya "Alia syakira"


 Saya pun ada juga "Danish" 


 Hisyah tetap menawan dengan senyumannya :D


 Inilah hadiah saya "Haikal"

Alia Natasya bersama hadiah-hadiahnya hehe