Pages

Sunday, May 20, 2012

PEMERIKSAAN GIGI & KESIHATAN

Pemeriksaan gigi oleh Hospital Pergigian Daerah Tuaran dan Pemeriksaan Kesihatan oleh Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Daerah Tuaran telah diadakan pada 11 Mei 2012 bersamaan pada hari Jumaat yang lepas.

 Demonstrasi cara menggosok gigi dengan betul oleh wakil dari Hospital Pergigian Daerah Tuaran, Sabah.


 Kanak-kanak tekun mendengar ....

 Bersemangat sungguh kanak-kanak melihat gambar gigi.

 Ryan Syah menunggu dengan penuh debaran :D

 Noel "habis la di cabut gigi ku yang baru tumbuh ni"

 Lihat gigi kami "putih lagi bersinar"

 Iman sempat pose tengok kemera lagi.

 Kakak Dilah menenangkan Anis Ufairah "sabar Anis, tidak sakit tu" hehe

 Taklimat ringkas dari wakil KKIA Daerah Tuaran

 "Siapa mau sihat angkat tangan hehe"

                                  Kanak-kanak menyanyikan lagu mana mata dengan gembira ;)

Nick Junior "berapalah berat saya ni?"

 Iffah Nabihah "saya sudah tinggi, mesti sebab minum banyak susu ni hehe"

 Nick dan Iffah menunggu buku merah dari Doktor.

 "Doktor, jangan la periksa perut saya yang buncit ni, tiada cacing juga ni" kiki :P

 Noel "Doktor ni, saya tahu lah mata saya cantik, janganlah pegang-pegang" haha

 Adik Saliah buka mulut besar-besar, doktor nak tengok mulut bersih ke tak ...

 Jururawat  membantu merekodkan maklumat kanak-kanak

 Alyia dan Iman "kenapa la Doktor ni suluh mulut kami pulak  huhu"



Penyerahan cenderahati kepada pihak KKIA Tuaran, Sabah.
Jasa mu di kenang ...

Monday, April 30, 2012

Riang Ria PERMATA di Karambunai Resort

Pada 28 Mei 2012, yang lalu PUSAT ANAK PERMATA NEGARA TUARAN SABAH telah mengadakan aktiviti bulanan. Aktiviti pada kali ini bertemakan Riang Ria PERMATA  dan lokasi yang telah dipilih adalah di Karambunai Resort yang merupakan salah satu pusat percutian dan tempat peranginan yang berada di Sabah.


Tujuan aktiviti pada kali ini ialah bagi merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan sesama ibubapa, warga Pendidik dan memberi pendedahan kepada kanak-kanak dengan aktiviti luar.



Seawal 8.00 Pagi, ibubapa dan kanak-kanak begitu bersemangat berkumpul di PAPN Tuaran sebelum bertolak beramai-ramai ke lokasi yang telah ditetapkan.

Ibubapa berkumpul sebelum mendengar taklimat daripada salah seorang wakil daripada kumpulan Dua iaitu Puan Norafidah Yunus iaitu merupakan wakil ibubapa PERMATA.


Aktiviti dimulakan dengan aktiviti kanak-kanak yang berumur 4 Tahun. Kanak-kanak begitu bersemangat berlari ke arah bola dan meletakkan bola ke dalam gelung, serta berlari hingga ke garisan penamat. Pemenang bagi kategori ini ialah adik Nur Saliah.



Aktiviti diteruskan dengan aktiviti keluarga iaitu memasukkan manik ke dalam benang. Kerjasama dan fokus perlu ada bagi aktiviti ini =) . Ibubapa begitu bersemangat dan sangat sporting.
Kami juara.......
                                                           
Antara lain aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti untuk kanak-kanak berumur 2 Tahun iaitu berlari dan mengambil bendera ke hingga ke garisan penamat.
                                                                        Adik Huzairie

                                                              saya manang besar...peace

Bagi peringkat umur kanak-kanak 2 tahun, aktiviti yang disediakan ialah menarik Jelly yang diikat pada tali yang bergantungan.

Penganjur turut memberikan cabutan bertuah kepada pemilik nombor kereta yang bertuah....Aktiviti untuk para bapa pula memecahkan belon yang diikat pada kaki...

                                        Bapa Saliah juga yang paling....pandai mengatur strategi

Untuk ibu-ibu pula, acara yang paling menarik iaitu mengupas sabut kelapa.

                                                            "karas oooo"

Setelah selesai semua acara, 'makan-makan time' dan penyampaian hadiah.Terima Kasih kepada semua ibubapa yang menjayakan aktiviti pada kali ini...TAHNIAH dari warga PAPN Tuaran dan seluruhnya...

Disebalik tabir....

dari awal hingga akhir...tu dia..


                                            saya yang kasi kupas itu kelapa, tpi kalah juga tau

                                                  Gaya, mutu, keunggulan...Model PERMATA....
                                                     
                                                                   Mengambil peluang
   Nyum-nyum....
                                                                Jual-jual.....Murah-murah...
   "Walaupun uncle dan auntie tak menang,saya tetap bagi sokongan" Itula kali dialog Huzairie =)

ringan sama dipikul, berat sama dijinjing
                                                                   



Tuesday, March 27, 2012

SAMBUTAN HARI JADI ANAK PERMATA

Pada 23 Mac, Sambutan Hari Jadi bagi anak-anak PERMATA telah diadakan.Sambutan ini bertujuan bagi menyambut kelahiran kanak-kanak bagi bulan Januari, Februari dan Mac.

Kanak-kanak begitu gembira meraikan hari jadi bersama rakan-rakan mereka. Antara adik-adik yang menyambut hari jadi ialah Aaron, Danish, Aisyah, Saliah, Ryan, Fifi, Sheera, Hisyah dan Huzairie..

Ibubapa turut sama membantu dalam menjayakan sambutan ini. Mereka turut sama teruja dengan sambutan hari jadi ini.


Selesai memotong kek, acara yang paling ditunggu-tunggu .....JOM MAKAN!



Dan, akhir sekali adalah pemberian hadiah daripada ibubapa....Terima Kasih Semua

Thursday, March 1, 2012

FAMILY DAY PAPN TUARAN 2012

Sambutan Hari Keluarga PAPN Tuaran Sabah telah diadakan pada 26 febuari 2012 bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Tuaran.


Aktiviti dimulakan dengan tarian Poco-poco yang dibimbing oleh mama dan bapa Hisyah :D


Ibu bapa serta adik-beradik memberikan sokongan padu 100% kepada anak PERMATA.


Adik Iffah Nabihah bersemangat sekali memulakan acara dengan larian pecut.



Adik Liroy Aaron berjaya mencari padanan kasut dan bersedia ke garisan penamat untuk menjuarai pertandingan.


Kanak-kanak 4 tahun tekun mengisi air ke dalam gelas menggunakan span "Usaha tangga kejayaan".


Bijaknya anak-anak PERMATA berumur 3 tahun sudah dapat mengenali nama masing-masing.


Ibu-ibu Anak PERMATA yang sangat sporting dalam pertandingan "Jom minum Cola".


Suapan anak PERMATA kepada ibu tercinta "kasihnya ibu membawa ke syurga"


Bapa-bapa Anak PERMATA bersemangat sekali dalam pertandingan "Raja Burger". Wah...sedapnya  hehe :D


Pendidik PERMATA tekun mengupas bawang di saksikan oleh ibu-ibu PERMATA dan dihakimi oleh mama Sheera.



Wahhh...banyaknya hadiah.



Kalungan pingat untuk adik Dyne.Tahniah...tahniah.



Terima kasih uncle atas hadiah yang diberikan.


Hadiah cabutan bertuah yang disampaikan oleh Teacher Sri.

Tahniah kepada pemenang pertandingan "Raja Burger".



Memori Hari Keluaraga PAPN Tuaran 2012 dalam kenangan yang terindah :D