Pages

Tuesday, September 27, 2011

Warna-Warni Aidilfitri...Rumah Terbuka 2011...

Pada 24hb September 2011, Rumah Terbuka Aidilfitri PUSAT ANAK PERMATA TUARAN telah diadakan di Kampung Sawah yang bertempat di rumah adik Izyanee Syazwana. Tujuan sambutan rumah terbuka ini diadakan bagi merapatkan hubungan silaturrahim dikalangan ibubapa, Pendidik,dan penglibatan bersama penduduk kampung.

                                        Bersama ibubapa,pendidik dan artis Raja Lawak (Acho)
Acara bermula 2.30 petang dengan menunggu ketibaan hadirin yang telah dijemput termasuk Ketua Kampung    bagi Kampung Sawah iaitu Encik Japar Rani.

Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan daripada wakil tuan rumah. Kemudian diteruskan oleh Pengerusi Majlis bagi Sambutan Rumah Terbuka ini iaitu Cikgu Aini wakil dari Pusat Anak PERMATA Negara Tuaran, Sabah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa kemudian ucapan alu-aluan daripada KK, Encik Japar Rani.
                                                    Encik Japar, KK Kg.Sawah, Tuaran
Majlis diteruskan dengan jamuan makan memandangkan terdapat ibubapa yang masih belum makan tengahari.
                                                                Makan time =)
Acara berikutnya adalah sambutan Hari Jadi bagi anak Permata iaitu adik Nisa, Rabiatul, Aaron, Iqbal, dan Farah.
                                                                         Kek Barney

Acara dimulakan dengan aktiviti anak berumur 3-4Tahun iaitu Kerusi Beracun. Tetamu yang hadir sangat teruja melihat gelagat kanak-kanak melakukan aktiviti ini.

                                                                Kerusi beracun

Berikutnya aktiviti 2 Tahun iaitu mengasingkan objek mengikut warna. Kanak-kanak begitu gembira melakukan aktiviti dengan sokongan padu yang diberikan oleh ahli keluarga masing-masing. Cayalah !


                                                      Mengasing objek ikut warna
Manakala bagi aktiviti untuk peringkat umur 1 Tahun pula ialah merebut gula-gula dalam campuran model haiwan.
                                                           Mencari gula-gula
Aktiviti lain yang dipertandingkan adalah acara makan ketupat pedas oleh Ibu, Nyanyian Karaoke dari Ibubapa, dan Meneka Lagu Raya oleh Pendidik.
Sambutan diadakan dengan penuh meriah sekali. Tetamu yang datang turut terhibur dengan acara-acara yang dipertandingkan.
Sekali lagi, ucapan Tahniah kepada semua pihak yang terlibat. Semoga Syawal pada kali ini memberi makna kepada semua.

Sekilas pandang...
                                                                       sedapnya

                                            nyanyian karaoke wakil dari tuan rumah En.Ibrahim
                                                      Jangan lupa lirik..upss..salah pulak =)
                                                            Ayie dapat hadiah..yeyeye...

                                                                 LAST SESI....

Tuesday, July 26, 2011

Majlis Perasmian dan Program 'Apa Khabar Anak PERMATA' oleh Y.A.B Datin Paduka Seri Rosmah Mansur

Pada 30 Jun 2011, terlakar kenangan manis bagi warga Pusat Anak PERMATA Negara Tuaran juga kepada penduduk setempat apabila Y.A.B Datin Seri Paduka Seri Rosmah Manusur berbesar hati untuk merasmikan PUSAT ANAK PERMATA TUARAN sekaligus mengadakan program 'Apa Khabar Anak PERMATA'dan sudi untuk meluangkan masa bersama penduduk setempat.

 Kanak-kanak PERMATA serta ibubapa adalah tetamu terawal yang memenuhi ruangan dan tidak ketinggalan juga penduduk kampung yang juga tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan acara tersebut.

Kanak-kanak begitu sabar menunggu kedatangan Yang Amat Berbahagia.


Paluan kompang serta alunan muzik tradisional mengiringi kedatangan YAB. Tetamu yang hadir turut teruja dan turut sama menyambut ketibaan YAB.
Kanak-kanak menanti beliau di pintu masuk PAPN dan mereka begitu teruja memberikan sekuntum bunga kepada YAB dan disambut mesra oleh beliau. 
Acara dimulakan dengan penanaman pokok oleh YAB di sekitar kawasan PAPN. 
Sesi bersama anak-anak dimulakan dengan kanak-kanak yang berumur 4 tahun bersama Cikgu Salmiah iaitu aktiviti mengenal anggota badan burung dan fungsi-fungsinya. Seterusnya, sesi bersama anak-anak 3 tahun dengan Cikgu Sri Hadzuana iaitu bercerita mengenai 5 ekor itik.
Aktiviti diteruskan dengan sesi dialog bersama ibubapa. Beliau memberikan taklimat ringkas kepada ibubapa dan ibubapa juga turut sama melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga di atas penubuhan Pusat Anak PERMATA di Tuaran.
Setelah selesai dialog bersama Ibubapa, sesi berikutnya ucapan perasmian serta menandatangani plak.
Acara berikutnya melawat tapak pameran serta beramah mesra dengan penduduk setempat.

Anak-anak PERMATA, ibubapa, warga PAPN serta seluruh penduduk setempat mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Y.A.B Datin Paduka Seri Rosmah Mansur kerana sudi untuk bertandang ke daerah Tuaran....

seimbas lalu
                                                     senyuman  manis ....Iffah Nabihah
                                                     ceria dengan belon yang berwarna-warni
                           Pendidik PERMATA, Guru Pelatih KEMAS & PIBP yang banyak membantu
                                                            Temuramah oleh RTM

                                              Pakaian tradisional suku kaum Bajau dan Kadazan

                                        Keberangkatan Y.A.B Datin Paduka Seri Rosmah Mansur



Wednesday, June 15, 2011

Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu

Pada 22 Mei 2011, Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu telah dijalankan secara serentak yang bertempat di PUSAT ANAK PERMATA NEGARA TUARAN, SABAH. Sambutan ini dijalankan bagi meraikan serta menghargai guru-guru dan para ibu. Selain itu, ianya juga bertujuan bagi merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan guru, ibu dan anak-anak. Tidak kurang juga bapa yang turut sama memeriahkan majlis.

Antara acara yang dijalankan ialah aktiviti yang melibatkan ibu, pendidik serta anak-anak PERMATA. Acara pertama yang dijalankan ialah nyanyian lagu Ibu oleh Adik Nick Junior. Anak-anak diminta untuk berkumpul dan Pendidik menyerahkan seorang sekuntum bunga untuk diberikan kepada ibu masing-masing. Para ibu merasa terharu di atas pemberian anak serta dedikasi sajak yang disampaikan oleh Cik Zuraidah selaku Pengerusi Majlis.


                                                   
Acara diteruskan dengan aktiviti merebut gula-gula oleh Ibu. Semua Ibu begitu 'sporting' melibatkan diri dalam aktiviti berkenaan.


Seterusnya, aktiviti meneka bau juga untuk aktiviti Ibu. Pendidik menutup mata Ibu menggunakan kain kemudian mereka meneka bau bahan-bahan masakan. Walau terik mentari, Ibu tetap 'maintain' mengecam bau-bauan.

                                                             Teacher As bah juga


Acara untuk para Pendidik pula membawa telur dalam sudu. Nampaknya semua Cikgu-cikgu bersaing secara sengit. Bagi yang tidak berjaya, sila cuba di masa akan datang =)


                                                           Juaranya mara ke hadapan   ^_^

Acara diteruskan dengan aktiviti kanak-kanak 4 Tahun iaitu anak memekapkan ibu. Aktiviti ini sangat mendapat perhatian daripada tetamu yang hadir kerana pelbagai kerenah dan ragam yang ditunjukkan oleh anak-anak dalam menunjukkan kreativiti masing-masing.






Aktiviti untuk 3 Tahun pula mencari model haiwan yang disimpan di sepanjang jambatan. Aktiviti ini bertujuan untuk mengecam kepekaan deria melihat anak-anak.



Manakala aktiviti peringkat umur 2 Tahun ialah mengecam selipar sendiri dengan bersaing merebut selipar yang dilonggokan. Untuk anak 1 Tahun ialah menconteng kertas sehingga memenuhi ruang pada kertas yang disediakan.



Aktiviti diteruskan dengan acara Pendidik dan Ibu iaitu "Princess, Hercules, Tiger". Pendidik diasingkan dan disatukan dengan para Ibu. Mereka dikehendaki untuk berbincang apakah gaya yang akan ditunjukkan pihak lawan. Hanya sekali percubaan dan hanya satu kumpulan pemenang yang dikehendaki.

                                                               Memasang strategi

                                                               Berdebar-debar

                                                               Tadaaaaaaaaaaaaa...........


Acara berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.






Tuai Padi Antara Masak,
Esok Jangan Layu-layuan,
Intai Kami Antara Nampak,
Esok Jangan Rindu-rinduan

( Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Pada Semua Guru dan PIBP Yang Terlibat)

                              





















      









                 

Friday, May 6, 2011

Pemeriksaan Gigi

Pada 21 April, pasukan pergigian daripada Klinik Pergigian Hospital Tuaran telah mengunjungi Pusat Anak PERMATA Tuaran, Sabah bagi tujuan pemeriksaan gigi kanak-kanak, taklimat mengenai kesihatan gigi kepada ibubapa dan Pendidik serta taklimat berkenaan cara-cara memberus gigi dengan betul.

Terlebih dahulu aktiviti dimulakan dengan pemeriksaan gigi daripada para jururawat pergigian.Kanak-kanak begitu teruja dan ada juga yang tidak kurang takut apabila jururawat memulakan pemeriksaan.

                                                            Adik Shazrin...Tenang bah saya....
                                                           
                                                         Adik Airiel....Macam takut2 je =)

Selepas pemeriksaan gigi dan melakukan tampalan pada gigi kanak-kanak, sesi yang berikutnya adalah taklimat berkenaan amalan kesihatan pemakanan khas untuk ibubapa dan juga Pendidik. Banyak intipati yang diperolehi daripada taklimat yang diberikan antaranya ialah berkenaan pemakanan yang seimbang, sukatan dan pengambilan makanan bagi kanak-kanak mengikut peringkat umur serta cara-cara penjagaan gigi yang cantik serta bersih. Kanak-kanak PERMATA juga begitu tekun mendengar sambil melihat gambar-gambar gigi yang dipaparkan.




Sesi yang seterusnya pula adalah penerangan kepada kanak-kanak juga kepada Pendidik serta hadirin yang hadir mengenai cara-cara menggosok gigi dengan betul.



Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan sekalung penghargaan buat kakitangan hospital pergigian Tuaran yang telah bekerjasama melaksanakan program pada hari tersebut.