Pages

Wednesday, June 15, 2011

Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu

Pada 22 Mei 2011, Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu telah dijalankan secara serentak yang bertempat di PUSAT ANAK PERMATA NEGARA TUARAN, SABAH. Sambutan ini dijalankan bagi meraikan serta menghargai guru-guru dan para ibu. Selain itu, ianya juga bertujuan bagi merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan guru, ibu dan anak-anak. Tidak kurang juga bapa yang turut sama memeriahkan majlis.

Antara acara yang dijalankan ialah aktiviti yang melibatkan ibu, pendidik serta anak-anak PERMATA. Acara pertama yang dijalankan ialah nyanyian lagu Ibu oleh Adik Nick Junior. Anak-anak diminta untuk berkumpul dan Pendidik menyerahkan seorang sekuntum bunga untuk diberikan kepada ibu masing-masing. Para ibu merasa terharu di atas pemberian anak serta dedikasi sajak yang disampaikan oleh Cik Zuraidah selaku Pengerusi Majlis.


                                                   
Acara diteruskan dengan aktiviti merebut gula-gula oleh Ibu. Semua Ibu begitu 'sporting' melibatkan diri dalam aktiviti berkenaan.


Seterusnya, aktiviti meneka bau juga untuk aktiviti Ibu. Pendidik menutup mata Ibu menggunakan kain kemudian mereka meneka bau bahan-bahan masakan. Walau terik mentari, Ibu tetap 'maintain' mengecam bau-bauan.

                                                             Teacher As bah juga


Acara untuk para Pendidik pula membawa telur dalam sudu. Nampaknya semua Cikgu-cikgu bersaing secara sengit. Bagi yang tidak berjaya, sila cuba di masa akan datang =)


                                                           Juaranya mara ke hadapan   ^_^

Acara diteruskan dengan aktiviti kanak-kanak 4 Tahun iaitu anak memekapkan ibu. Aktiviti ini sangat mendapat perhatian daripada tetamu yang hadir kerana pelbagai kerenah dan ragam yang ditunjukkan oleh anak-anak dalam menunjukkan kreativiti masing-masing.






Aktiviti untuk 3 Tahun pula mencari model haiwan yang disimpan di sepanjang jambatan. Aktiviti ini bertujuan untuk mengecam kepekaan deria melihat anak-anak.



Manakala aktiviti peringkat umur 2 Tahun ialah mengecam selipar sendiri dengan bersaing merebut selipar yang dilonggokan. Untuk anak 1 Tahun ialah menconteng kertas sehingga memenuhi ruang pada kertas yang disediakan.



Aktiviti diteruskan dengan acara Pendidik dan Ibu iaitu "Princess, Hercules, Tiger". Pendidik diasingkan dan disatukan dengan para Ibu. Mereka dikehendaki untuk berbincang apakah gaya yang akan ditunjukkan pihak lawan. Hanya sekali percubaan dan hanya satu kumpulan pemenang yang dikehendaki.

                                                               Memasang strategi

                                                               Berdebar-debar

                                                               Tadaaaaaaaaaaaaa...........


Acara berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.






Tuai Padi Antara Masak,
Esok Jangan Layu-layuan,
Intai Kami Antara Nampak,
Esok Jangan Rindu-rinduan

( Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Pada Semua Guru dan PIBP Yang Terlibat)

                              





















      









                 

No comments:

Post a Comment