Tahun Baru 2012 telah menjelma dan tahun 2011 telah melabuhkan tirainya. Pelbagai kenangan manis yang telah dirakamkan sepanjang tahun tersebut bersama Ibubapa juga warga Pendidik PAPN TUARAN. Kini, kenangan baru bakal dicipta bersama ibubapa lama dan ibubapa yang baru. Diharapkan Persatuan Ibubapa Pendidik mampu untuk menjalankan amanah yang berupa tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya.
Pembuka tirai aktiviti bagi tahun 2012 ialah Sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Krismas memandangkan terdapat anak yang berbangsa Cina dan yang merayakan Hari Krismas. Semua Ibubapa, Pendidik dan anak telah sepakat memakai baju berwarna merah dan suasana pada hari itu sungguh ceria. Terlebih dahulu ibubapa dimaklumkan agar membawa hadiah dan hadiah tersebut akan ditukarkan dengan ibubapa lain serta Pendidik. Aktiviti tersebut merupakan aktiviti yang lazimnya dibuat sempena perayaan Krismas.
Taklimat ringkas disampaikan oleh wakil pendidik kepada ibubapa akan objektif sambutan tahun baru dan krismas. Selepas itu, acara pertama dijalankan iaitu mengupas kulit limau oleh anak PERMATA bagi setiap peringkat umur.
Kemudian, acara diteruskan dengan pertukaran hadiah diantara anak-anak PERMATA, ibubapa dan Pendidik serta PPM.
Aaron tengah pilih nombor
Mami Jess "harap2 dpt hadiah yang besar =) "
Aktiviti diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sedikit jamuan ringan.
Hisyah dapat hadiah
Ibu Dila pun dapat
Senyum sampai telinga.....
.....Makan time...
Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Teruskan memberikan yang terbaik pada masa akan datang =)
sekilas pandang
Syabas Permata, saya sebagai salah seorang ibubapa baru anak-anak Permata berasa berbesar hati kerana dapat bersama-sama menjayakan majlis ini.. :)
ReplyDelete