Pages

Sunday, May 26, 2013

SAMBUTAN HARI IBU DAN HARI GURU ;)

Pada 19 Mei 2013 yang lepas,aktiviti bersama keluarga PERMATA telah diadakan di Pantai Rasa Ria Resort bersempena dengan Hari Guru dan juga Hari Ibu. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meraikan para guru PAPN dan seterusnya para ibu. 

Seawal 9.00 Pagi, ibubapa dan juga guru saling bekerjasama dan bertungkus lumus dalam menyediakan peralatan juga bahan-bahan yang berkaitan untuk acara sambutan ini.



                                        Memasang khemah dan menyusun hadiah & makanan

Aturcara bermula dengan ucapan alu-aluan daripada wakil ibu iaitu Puan Salmiah. Kemudian diteruskan dengan pertandingan sajak daripada wakil bapa khas untuk para ibu di PERMATA.

Bagi acara pertandingan sajak/puisi/ucapan ini dimenangi Ayah M.Dynie Zhafran. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang termasuk Ayah Alya Natasya juga Ayah Rezecca.


Acara diteruskan dengan acara kanak-kanak iaitu 'Sila Dengar, Jangan Ikut'... Acara ini dikendalikan oleh Cikgu Ina ;)




                                    Acara ini dimenangi oleh adik Sheera, Zaafarani dan Rezecca



Bagi acara ibu pula iaitu mencari pasangan selipar masing-masing  ^_^



Bagi acara ini, berikut adalah pemenangnya.......
Pesanan dari Ibu Zaafarani : memakai kain/skirt bukanlah penghalang untuk menang :)


Acara lain yang terlibat ialah cabutan bertuah, pemberian hadiah kepada guru-guru PERMATA dan makan 'time'





Dan acara yang ditunggu-tunggu ialah ....... makan-makan.....


Terima Kasih kepada semua guru-guru,ibu bapa dan pihak yang terlibat kerana terus bekerjasama dalam menjayakan setiap aktiviti bulanan PUSAT ANAK PERMATA NEGARA TUARAN....

JASAMU DIKENANG....



No comments:

Post a Comment