Pages

Wednesday, August 21, 2013

LAWATAN KE PAGODA LING SAN 
TUARAN SABAH


Bertepatan dengan tema pembelajaran pada bulan ogos iaitu agama dan rumah ibadat, anak-anak PERMATA telah melawat ke Pagoda Ling San yang yang terletak di Tuaran, Sabah. Lawatan ini telah diadakan pada 20 ogos 2013. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak PERMATA mengenai agama Buddha yang dianuti oleh majoriti masyarakat cina.


Welcome to Pagoda Ling San Tuaran Sabah.


Anak-anak PERMATA bergambar berlatarbelakangkan tahun-tahun mengikut kalender cina.


Peace :D


Anak-anak PERMATA begitu teruja dapat melihat dan menyentuh patung Buddha yang begitu besar.



Anak-anak PERMATA begitu teruja melihat patung-patung Buddha.



Cik Sri dan cikgu Sal mengiringi anak-anak PERMATA melawat ke Pagoda Ling San.

Anak-anak PERMATA melihat ikan di dalam kolam


Aaron Xavier melihat patung Buddha yang sedang memancing ikan.


Fifi dan Aaron Xavier tengah tengaok apa tu?


Gelagat anak-anak PERMATA di hadapan kemera hehehe.


Berehat sebentar setelah letih berjalan.


Cikgu Sal menemani kanak-kanak menaiki  patung kuda.


Besarnya patung Buddha ni.


Anak-anak PERMATA masuk ke dalam gua.



Anak-anak PERMATA mahu bersalaman dengan patung Buddha sambil berkata "selamat hari raya".


Wah...banyaknya patung Buddha.


Berehat sebentar di pintu masuk Pagoda Ling San setelah penat berjalan.


Tingginya pagoda ni.


Kanak-kanak begitu teruja dan gembira dapat meneroka persekitaran di Pagoda Ling San yang agak asing bagi mereka. Pengalaman melihat dan menyentuh pelbagai bentuk patung Buddha memberi pengalaman baru kepada anak-anak PERMATA.
MEMBUAT BISKUT RAYA 
DAN
KUIH TRADISIONAL



Bersempena bulan ramadhan yang mulia ini, PAPN Tuaran Sabah telah membuat aktiviti membuat kuih popia bersalut kacang hijau untuk di agihkan kepada anak-anak PERMATA. Bukan itu sahaja, kuih tradisional seperti karipap, kuih pelita dan ondeh-ondeh juga turut disediakan untuk dijadikan juadah berbuka puasa di rumah masing-masing.
Para ibu begitu tekun menggulung kulit popia.


Cikgu Aini turut membantu para ibu-ibu PERMATA.


Adik Zaffarani tidak mahu ketinggalan untuk menggulung popia :D


Aksi Alia, ibu Danish, mama Fiqah, mummy Fifi dan Zaffarani menggulung kulit popia.


Cikgu Sal pun membantu menggulung kulit popia.


Semuanya tekun menggulung kulit popia masing-masing hehe.


Kerjasama antara ibu bapa.
TERBAIK :D


Inilah antara kulit popia yang berjaya digulung dengan begitu kemas.


Mama Haikal dan mama Asyraf tekun membuat acuan kuih pelita daripada daun pandan.


Cikgu Ina mencuci daun pandan sebelum dibentuk menjadi acuan kuih pelita..


Ketua chef pada hari ini iaitu ibu Ayie yang sedang memasak inti karipap.
Yummmmyyyyyyyy....


Terima kasih di atas kerjasam yang telah diberikan oleh para ibu bapa PERMATA.


Tuesday, August 13, 2013

CERAMAH KESELAMATAN 
DAN 
LATIHAN KEBAKARAN

Setinggi-tinggi penghargaan di ucapkan kepada pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Tuaran atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan ceramah keselamatan dan latihan kebakaran pada 8 Julai 2013 bersama-sama anak dan ibu bapa di PAPN Tuaran Sabah.
Safety frist.


Kanak-kanak dan ibu bapa keluar dari bangunan PAPN sebaik saja mendengar penggera kebakaran berbunyi.


Cikgu Aini menyemak kehadiran bagi memastikan semua kanak-kanak berjaya keluar dari bangunan PAPN dengan selamat.


Pegawai Bomba En Mohammad Omar Batha memberikan taklimat awal kepada anak-anak PERMATA mengenai risiko kebakaran yang boleh berlaku.


Apa yang Mega dan Dyne tengah gelakkan tu?


En Mohammad Omar Batha memberikan taklimat ringkas mengenai pengunaan alat pemadam api kepada anak-anak PERMATA.


Pegawai Bomba En Sailin Jun, En Ali Ahmad Huda dan En Jamaldin Liton menyediakan peralatan  untuk menghidupkan api.


Inilah api yang akan dipadamkan oleh anak-anak PERMATA nanti.
Terbaik dari En Sailin Jun :D


Anak, ibu bapa dan pendidik PERMATA menyaksikan api yang sedang marak.


Mummy Sheera cuba memadamkan api.


Aksi mummy Leroy Aaron memadam api.

Leroy Aaron ditemani oleh En Sailin Jun memadamkan api.


Dyne dan alat pemadam apinya hehe.


Haikal dengan yakin ingin memadamkan api tanpa bantuan dari Pegawai Bomba.
Kenapa api tak nak padam ni?


En Mohammad Omar Batha tolang jap hehe :p


Api berjaya dipadamkan.
Yesssss...

Aksi Hisyah memadamkan api di bantu oleh en Mohammad Omar Batha dan En Sailin Jun.

Danish bersama En Mohammad Omar Batha memadamkan api.


Cikgu Sal berusaha memadamkan api hee :D


Aksi Cikgu Ina. 
Berjaya memadamkan api.


Selesai memadamkan api, En Sailin Jun memberikan taklimat khas kepada anak-anak PERMATA.


Kanak-kanak beratur untuk menaiki jentera bomba.


Wajah-wajah ceria Haikal, Fifi dan Faiz :D


Cikgu Ina bersama Fifi dan Alia.


Api berjaya dipadamkan.
Jom ke PAPN Tuaran Semula