Pages

Tuesday, August 13, 2013

CERAMAH KESELAMATAN 
DAN 
LATIHAN KEBAKARAN

Setinggi-tinggi penghargaan di ucapkan kepada pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Tuaran atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan ceramah keselamatan dan latihan kebakaran pada 8 Julai 2013 bersama-sama anak dan ibu bapa di PAPN Tuaran Sabah.
Safety frist.


Kanak-kanak dan ibu bapa keluar dari bangunan PAPN sebaik saja mendengar penggera kebakaran berbunyi.


Cikgu Aini menyemak kehadiran bagi memastikan semua kanak-kanak berjaya keluar dari bangunan PAPN dengan selamat.


Pegawai Bomba En Mohammad Omar Batha memberikan taklimat awal kepada anak-anak PERMATA mengenai risiko kebakaran yang boleh berlaku.


Apa yang Mega dan Dyne tengah gelakkan tu?


En Mohammad Omar Batha memberikan taklimat ringkas mengenai pengunaan alat pemadam api kepada anak-anak PERMATA.


Pegawai Bomba En Sailin Jun, En Ali Ahmad Huda dan En Jamaldin Liton menyediakan peralatan  untuk menghidupkan api.


Inilah api yang akan dipadamkan oleh anak-anak PERMATA nanti.
Terbaik dari En Sailin Jun :D


Anak, ibu bapa dan pendidik PERMATA menyaksikan api yang sedang marak.


Mummy Sheera cuba memadamkan api.


Aksi mummy Leroy Aaron memadam api.

Leroy Aaron ditemani oleh En Sailin Jun memadamkan api.


Dyne dan alat pemadam apinya hehe.


Haikal dengan yakin ingin memadamkan api tanpa bantuan dari Pegawai Bomba.
Kenapa api tak nak padam ni?


En Mohammad Omar Batha tolang jap hehe :p


Api berjaya dipadamkan.
Yesssss...

Aksi Hisyah memadamkan api di bantu oleh en Mohammad Omar Batha dan En Sailin Jun.

Danish bersama En Mohammad Omar Batha memadamkan api.


Cikgu Sal berusaha memadamkan api hee :D


Aksi Cikgu Ina. 
Berjaya memadamkan api.


Selesai memadamkan api, En Sailin Jun memberikan taklimat khas kepada anak-anak PERMATA.


Kanak-kanak beratur untuk menaiki jentera bomba.


Wajah-wajah ceria Haikal, Fifi dan Faiz :D


Cikgu Ina bersama Fifi dan Alia.


Api berjaya dipadamkan.
Jom ke PAPN Tuaran Semula

No comments:

Post a Comment